Bengkel Mengait (Crochet)

Bengkel Mengait Asas Jarum Kait Satu (Crochet)

Buat pertama kalinya saya telah dipilih pihak Pustaka Negeri Sarawak menjadi tenaga pengajar Bengkel Mengait Asas Jarum Satu (Crochet) khas untuk warga tua di Pusat Perkhidmatan Warga Tua (PPWE) Sibu pada 31.10.2020 (Sabtu) yang lalu. Pihak penganjur ialah Pustaka Negeri Sarawak Sibu.

Sebenarnya ada kisah lucu disebalik peristiwa manis ini. Lebih kurang sebulan sebelum bengkel ini bermula, saya telah dihubungi seseorang yang mengatakan dirinya dari Pustaka Negeri Sarawak sedang mencari tutor berpotensi mengajar mengait asas jarum satu atau kita biasa sebut crochet (sebutan dalam bahasa Melayunya, krusye). Saya langsung tidak perasan mesej dia dalam inbox Instagram hampir seminggu rupanya. Sehingga satu masa dia komen satu gambar crochet saya dan mengingatkan saya untuk check inbox. Mulanya saya ingat scammer, tetapi saya tetap membalas sebagai tanda hormat. Kemudian dia bagi nombor handphone sekali, juga saya masih belum mahu call. Selang beberapa jam, dia mohon saya untuk whatsapp dia. Itu pun saya bagi whatsapp keesokan hari. Tengok ambil masa. Bukan apa. Ini komplikasi antara building trust dan no trust to stranger. Nasib baik ada seorang kawan saya membantu call. Pagi Sabtu, saya pun try call tapi tidal dijawab mungkin sebab masih busy. Later baru dia reply whatsapp. So dari situlah kami start berhubung dan berurusan untuk menjayakan bengkel ini, seterusnya membantu warga paling berharga belajar mengait asas jarum satu.

Kenapa saya kata first time? Haha, memang pun first time mengajar warga emas mengait asas ni. Walaupun saya ada Instagram dan laman web sendiri khas untuk sudut seni dan crochet, memang belum terpikir memulakan apa-apa kelas mengajar lebih dari lima orang. Sebelum ini ada juga dua tiga kenalan berminat untuk belajar, tetapi sampai sekarang belum mula lagi, mungkin sebab mereka pun masih sibuk. Walau apa-apa pun, saya sedia membantu semampu yang boleh walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain.

Dalam erti kata first time ini, mula-mula sampai dekat pusat tu adalah sedikit nervous, yalah kan dah lama tidak public talk. Dulu adalah sedikit pengalaman menjadi cikgu tadika dan cikgu sementara sekolah rendah, tapi cerita itu lama telah berlalu. Pengalaman mengajar mengait kepada mereka yang lebih senior dari kita adalah pengalaman yang baru sis rasakan. Tak semua di antara mereka tidak pernah mengait, malah ada yang lebih hebat dari sis. Tapi sis kagum sebab mereka humble person. Ada juga yang langsung tidak pernah mengait, tetapi mereka tetap menunjukkan minat dan tekun belajar, mendengar celoteh sis di hadapan mereka haha.. Bak kata pihak Pustaka (yang namanya saya rahsiakan), bengkel ini kita buat santai-santai, rilekskan minda sebab dia percaya mengait umpama kita membaca dan belajar sepanjang hayat. Antara kelebihan mengait ialah mengurangkan stress, membantu masalah tidur, mengaktifkan minda, meningkatkan keyakinan dan menjadi kreatif (berdasarkan beberapa kajian di Amerika Syarikat dan Britain).

Bengkel ini hanya berlangsung selama dua jam sahaja iaitu dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Bilangan peserta tidak ramai memandangkan situasi semasa yang tidak mengizinkan dan paling penting mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Bukan setakat mengajar sahaja, sis juga menyediakan beberapa small gifts buat peserta termasuk dua orang dari Pustaka Negeri Sarawak Sibu. Sis sediakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua.

Inilah antara small gift yang sis crochetkan untuk mereka selama seminggu sebelum bengkel bermula.

Small Gifts: Mini bags

Dua jam akhirnya tidak terasa berlalu ditambah lagi dengan kemesraan dan keramahan yang ditonjolkan setiap peserta. Setelah mengambil beberapa sesi pengambaran, kami semua bersurai selepas makan tengahari bersama.

Inilah antara pengalaman manis yang tidak akan sis lupa terutama yang melibatkan dunia kreativiti sis. Sis berharap bengkel-bengkel seperti ini akan diteruskan lagi khususnya kepada generasi-generasi yang lebih muda agar ianya tidak lapuk ditelan zaman. Syabas sis ucapkan kepada pihak penganjur, kepada semua yang membantu dan kepada sis sendiri.

Sis pun dapat cenderamata 🙂

Bertemu lagi pada post-post sis akan datang. Pada masa ini sis tengah menyiapkan beberapa projek mengait. Seperti biasa sis akan berusaha mengongsikan pattern rekaan sis melalui website dan buat pertama kalinya melalui Youtube . Sehingga berjumpa lagi.

Crochet.Creative.Inspiration.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)