Travel

Exploring Mukah, Sarawak 2D,1N: Part 2

Part 2 ini adalah sambungan dari Part 1 tempohari iaitu setakat check-in Kingwood Hotel. Belum lagi bermalam, masih hari yang sama cuma hantar beg dan membawa keperluan yang patut untuk meneruskan aktiviti penerokaan. Memandangkan kami sampai di Kingwood Hotel agak lewat, iaitu lebih kurang dekat pukul 3 petang, maknanya kami perlu keluar segera sebaik sahaja meletak beg dalam bilik.

Selesai urusan check-in, kami pun meneruskan eksplorasi ke pusat memproses tebaloi. Hajat dihati ingin ke tempat memproses tebaloi secara tradisional iaitu dibakar menggunakan kayu bakau tetapi telah tutup awal. Mungkin hari Jumaat agaknya mereka tutup lebih awal. Jadi kami cadang melawat pada pagi esok. Untuk tidak membuang masa juga, kami tetap singgah di salah satu kilang tebaloi tetapi prosesnya menggunakan oven.

Pusat Memproses Tebaloi menggunakan oven

Dekat sini saya sempat membeli beberapa bungkus kuih tebaloi yang telah siap dibungkus. Dia ada lima perisa iaitu asli, kunyit, pandan, strawberi dan coklat (milo). Jadi saya beli kesemua lima perisa dan lebih sikit sebagai buah tangan balik Sibu. Harga sebungkus kecil dalam RM1.20. Sekiranya ada diantara anda yang mahu membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan ini, boleh tempah banyak-banyak dengan harga yang boleh dirunding. Saya tengok dalam Shopee jualan hampir mencecah RM5 sekotak. Mungkin sebab packaging dia lebih cantik dan mahal.

Suasana tempat memproses kuih tebaloi lebih moden.

Keluar dari kilang tebaloi oven, kami terus dibawa ke mini muzium khazanah Melanau di Mukah, iaitu Sapan Puloh yang terletak di Kampung Telian Tengah.

Laluan menuju ke Sapan Puloh

Owner dia ialah Encik Tommy. Kami tiba di sana lebih kurang 3.30 petang. Gambar-gambar sekeliling yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan ke sana.

Saya tidak mengambil gambar dari dalam muzium walaupun owner dia memang memberi kebenaran. Ianya sebagai tanda hormat dan juga kami rasa tidak perlu membawa pulang photo-photo dari khazanah yang begitu antik serta bernilai tinggi. Kami sangat teruja dengan penerangan Encik Tommy mengenai sejarah yang diceritakan. Ada juga kisah yang menyayat hati, sedih mendengarnya terutama yang melibatkan kisah bayi.

Jika anda mahu mengetahui sejarah asal-usul orang Melanau dan budaya mereka, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Sapan Puloh. Harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM8.00. Kanak-kanak dan yang masih bergelar pelajar (termasuk pelajar universiti) ialah RM6.00.

Kami keluar dari Sapan Puloh hampir pukul 6.00 petang. Bayangkan mana tidak rushing, sebab lepas aktiviti ini kami bercadang menjamu selera makan malam di Kampung Brunei Dalat Waterfront. Dalam perjalanan ke Dalat, kami sempat lagi singgah di sebuah resort Mukah, iaitu Petanak Beach Chalet.

Petanak Beach. Air laut ketika ini sedang pasang.

Dekat sini ada tempat makan di luar chalet. Nampak best juga, santai-santai bawa keluarga makan-makan sambil melihat sunset. Jika anda mahu merasai suasana bermalam, boleh cuba pengalaman tidur di sini.

Rumah warna coklat itu ialah antara chalet dia.

Tanpa membuang masa, kami terus menghala menuju ke Dalat. Untuk ke sana, ia mengambil masa perjalanan lebih kurang 40-45 minit memandu. Sebolehnya kami mahu tiba di Dalat lebih awal sebelum sunset sebab ini merupakan pengembaraan yang pertama kali ke Dalat. Selain dari mahu menjamu selera di Kampung Brunei, kami teringin melihat pemandangan di Dalat terutama waterfront dia yang baru siap dibina itu. Sayangnya hajat tersebut tidak kesampaian. Tambahan pula cuaca hujan sewaktu kami ke sana. Nampaknya belum ada rezeki melihat pemandangan Dalat dengan sepenuhnya.

Ini ialah pintu gerbang Kampung Brunei Dalat.

Kami tiba di Kampung Brunei Dalat lebih kurang 6.30 petang. Hujan rintik-rintik, menandakan kedatangan kami yang pertama kali ke sini. Untuk pengetahuan, Kampung Brunei ini terletak di seberang pekan Dalat. Jangan risau, untuk ke sini ada jambatan dihujung jalan, jadi tidak perlu menaiki sampan ke seberang. Apa yang sedikit payah kepada kami ialah mencari jalan masuk ke kampung. Jalan agak gelap dan hala signboard pula mengelirukan. Kami singgah sekejap melalui kampung untuk bertanya arah yang betul. Ada tempat parking khas disediakan diluar pintu gerbang ini.

Beginilah suasana tempat makan malam itu. Ada berbagai jenis makanan tempatan seperti sotong bakar, ikan bakar, mee goreng, ayam gunting, ayam penyet dan berbagai lagi. Kami order satu-satu jenis sebab ingin merasa setiap jenis makanan.

Nampak tidak cahaya besar di seberang Kampung Brunei dalam gambar? Yang itu ialah Dalat Waterfront yang saya katakan tadi baru siap dibina.

Selesai makan malam, kami menghala ke Dalat Waterfront sekadar untuk singgah bergambar dan feel the view walaupun hari sudah malam.

Inilah gerbang Dalat Waterfront. Tidak jelas sangat,kamera handphone tidak berapa canggih ambik view malam hari.

Kali ini saya ambil view Kampung Brunei Dalat dari Dalat Waterfront pula.

Balik semula ke bandar Mukah. Kami tiba di hotel Kingwood hampir pukul 9 malam. Masa untuk rehat dahulu. Letih yang teramat sangat haha.

Cukup sampai di sini dahulu cerita eksplorasi kami pada Part 2.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)