Travel

18 Tip Untuk Mengembara

Tidak semua diantara kita menjadi pengembara atau pelancong yang berkebolehan. Ia seperti kita mahu belajar memandu, kemudian menduduki ujian teori dan ujian memandu secara fizikal. Setelah lulus kita diberi lesen memandu percubaan atau tanda ‘P’ selama dua tahun sebelum diberi lesen kelulusan sepenuhnya. Walaupun telah lulus, pengalaman kita memandu di jalan raya tetap melakukan banyak kesilapan.

Demikian juga keadaannya jika mahu travel ke sesuatu tempat yang sangat baru bagi kita. Tidak kira sama ada mahu travel secara solo, berteman, bersama keluarga atau berkumpulan, kita memerlukan tip-tip tertentu, beberapa pengetahuan asas terutama yang berkaitan dengan tiket, hotel, tempat makan, shopping, kawasan pantai yang cantik, budaya setempat, muzium, bahasa dan lain-lain. Sebagai contoh hendak travel ke negara-negara Eropah seperti United Kingdom. Bunyi seperti senang sebab negara yang bahasanya agak boleh difahami bagi kebanyakan kita orang Malaysia kerana sekurang-kurangnya kita ada belajar Bahasa Inggeris. Namun begitu, adakah kita tahu mengenai budaya tempatan disana, misalnya cara kita menyapa, perkataan apa yang seharusnya digunakan. Samalah juga dalam negara kita sendiri, yang terdiri dengan 3B, iaitu berbilang bangsa, bahasa dan budaya. Setiap tempat ada keunikan dan arus budaya sendiri.

Percayalah. Semua ini merupakan proses asas yang adakalanya tidak ada jawapan yang tepat melainkan kita membuat sedikit bacaan dan kajian. Sekiranya kita sudah bersedia untuk keluar dari kotak keselesaan dan mahu melihat dunia orang lain, kita memerlukan sedikit bantuan untuk keluar dari kotak tersebut. Dengan membuat beberapa kajian serta meneliti beberapa perancangan ianya akan menjadi lebih mudah dari apa yang kita jangkakan.

Berikut merupakan tip-tip yang saya kumpul dan juga berdasarkan pengalaman sendiri untuk memudahkan perjalanan travel di masa akan datang.

1. Beg pilihan

Pilihan beg untuk travel sebenarnya terpulang kepada pilihan dan kemampuan masing-masing. Ada yang memilih menggunakan troli, ada yang stail galas. Apa yang penting ialah jangan bawa terlampau berat atau dengan kata lain tidak perlu meminta pertolongan orang lain mengangkat beg.

2. Bawa baju secukupnya

Bagi mengurangkan muatan dan berat, bawalah baju yang ringan dan selesa untuk dipakai terutama baju yang mudah menyerap peluh jika travel dalam keadaan cuaca panas.

3. Pelajari perkataan asas di tempat yang dikunjungi

Setiap tempat ada budaya dan bahasa dia sendiri. Seboleh-bolehnya belajar sepatah dua kata penting yang biasa diguna secara harian seperti ‘apa khabar’, ‘terima kasih’, ‘ucapan selamat’, ‘boleh tolong saya’ dan sebagainya. Walau bagaimanapun ianya bukanlah suatu paksaan, namun masih ada kelebihan disini, iaitu apabila kita memperlihatkan ‘effort’ kita untuk bercakap dalam bahasa mereka, orang tempatan pun akan merasa gembira.

4. Rambut sentiasa kemas

Lagi kemas, lagi senang nak bergerak ke sana sini. Tidaklah sampai mencucuk mata, atau kelihatan menggerbang selepas ditiup angin. Hehe. Bagi mereka yang berhijab, saya percaya anda lebih tahu bagaimana menguruskan penampilan anda.

5. Utamakan keselamatan dan kesihatan

Jangan mengabaikan kedua-dua aspek ini! Apa-apa pun yang kita mahu buat, hendak ke mana dan sebagainya, keselamatan dan kesihatan adalah dua perkara paling UTAMA sekali. Jangan takut untuk berkata TIDAK jika merasa sesuatu itu tidak menjamin keselamatan diri.

6. Tidak perlu bawa terlalu banyak barang make-up (yang suka bermake-up seperti sayalah hehe).

Bawa apa perlu dan penting seperti lip gloss, lipstick, moisturizer, toner dan sunblock. Simpan kesemuanya dalam bekas kecil. Bekas ini boleh dibeli di Mr DIY atau mana-mana kedai dermalogica berkaitan penjagaan kulit dari menjadi kering.

7. Banyakkan berjalan (jika anda suka meneroka satu-satu tempat)

Ini akan membuatkan kita lebih cepat belajar tentang budaya dan cara hidup masyarakat tempatan di satu-satu tempat.

8. Cari tempat makan yang sedap dan berpatutan harga

Kebiasaannya kita akan merujuk review yang terdapat dalam Google Map. Namun jika kita dapat mengenali orang tempatan sendiri, lagi elok sebab mereka lebih tahu dekat mana tempat makan yang best. Cuba juga hidangan tempatan yang berbeza di setiap destinasi.

9. Jangan malu bertanya jika tersesat arah jalan

Kita akan dapat maklumat yang lebih tepat. Kalau masih lagi tidak faham dengan penjelasan secara lisan, tulislah atas sekeping kertas. Sebab itu dalam beg kecil mesti sediakan pen atau buku note kecil. Kalau mahu cara paling short cut, rekod sahaja voice instruction dalam handphone haha.

10. Mengembaralah dengan mata yang terbuka luas.

Sebagai contoh, menikmati dan menghargai keindahan alam semulajadi, ragam orang sekeliling, rekabentuk bangunan, tempat bersejarah, makanan dan sebagainya. Cuba cari inspirasi dari apa yang kita lihat. Saya percaya orang yang meminati seni sudah pasti mendapat banyak ilham dan menjana idea untuk dibawa balik.

11. Menghormati adab resam ditempat orang.

Hormati adat tempatan. Tidak kira ke mana kita pergi, dalam negeri atau luar negara, hormati adat dan budaya masyarakat tempatan. Bila bercakap tentang sesuatu perkara, jangan sebut benda yang menyinggung perasaan orang lain. Walaupun berbeza agama dan bahasa, jaga tatasusila dan komunikasi lisan atau bahasa badan (body language). Kadang-kadang bahasa badan lebih mudah difahami dari lisan, contohnya memek muka yang menunjukkan berbagai makna.

12. Jaga kebersihan di tempat orang.

Ke mana tempat kita pergi, dalam negara sendiri atau luar negara, sentiasa jaga kebersihan tempat orang. Sekalipun tempat tersebut kurang terjaga kebersihannya dari segi pembuangan sampah-sarap, janganlah pula kita mengikut cara mereka. Tingkah laku kita melambangkan keperibadian kita. Jadilah pelancong/pengembara yang ada “kelas” dalam hal ini.

13. Belajar sejarah dan budaya tempatan sebanyak mungkin.

Itulah tujuan kita mahu membuat ekplorasi tempat orang. Timba ilmu dan belajar sesuatu yang baru yang boleh memberi manfaat.

14. Sediakan juga insuran perjalanan

Dekat atau jauh, perkara ini ada kepentingannya bagi kita. Seboleh-bolehnya jangan diabaikan walaupun sekadar melancong dalam negara sendiri.

15. Ambil gambar budaya dan apa yang kita telah pelajari sebanyak mungkin.

Setiap perjalanan mempunyai pengalaman yang berbeza. Sekiranya anda mahu ke tempat itu untuk kedua atau ketiga kalinya, berseorangan, berteman atau bersama keluarga, percayalah anda akan merasa pengalaman yang berlainan pula.

16. Buatlah apa yang anda mahu buat atau dengan kata lain, go with your instinct.

Adakalanya kita merasa tidak perlu terlalu terikat dengan perancangan awal. Semuanya bergantung pada situasi dari segi masa dan juga cuaca. Sebagai contoh, jika hari itu anda mahu duduk bersantai-santai di café, di tepi pantai, pergi ke library, window shopping dan sebagainya, teruskan! You deserve to have a good time. Just be yourself at your own space. Apa yang penting ialah jangan melanggar peraturan dan undang-undang sesuatu tempat atau negara.

17. Buat jurnal peribadi.

Mungkin tidak semua berminat menulis, tetapi mempunyai jurnal sendiri adalah lebih baik untuk kegunaan anda mencatat sesuatu yang penting. Percayalah. Ianya akan menjadi sebuah catatan yang menarik untuk dibaca dan dikongsi terutama sekali yang berkaitan dengan perasaan dan pengalaman pengembaraan anda.

18. Tinggalkan memori yang indah untuk penduduk dan tempat yang dilawati.

Yang ini pandai-pandailah memilih cara bagaimana. Contohnya berbual dengan masyarakat tempatan sambil mengambil photo, bercerita sesuatu perkara yang menyenangkan dan sebagainya. Jangan sesekali menyebut perkara berkaitan politik, memburukkan tempat mereka atau tingkah laku yang tidak menyenangkan. Ingat, kita hanya pelawat. Kemana sahaja kita travel, jagalah tingkah laku kita dengan sebaiknya. Jangan sampai kerana mulut badan jadi binasa.

Kesemua tip-tip travel ini sekadar perkongsian dan pandangan peribadi saya sahaja. Diharapkan ianya membolehkan kita mengatur perancangan terutama dari segi menjimatkan wang, tidur dengan lebih nyenyak, bertemu dengan penduduk tempatan dan yang paling penting ialah menjadi seorang pelancong yang bijaksana serta meninggalkan identiti negeri atau negara kita dengan baik di tempat orang.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)