Crochet Blanket

Selimut “Sunshine and Showers”

Hello semuanya (peminat-peminat seni krusye). Terima kasih kepada anda yang sudi singgah ke halaman Calls For Stitch mengenai “crochet journey” saya yang tidak seberapanya ini. Di sini saya mahu memuatkan cerita mengait satu selimut yang saya kait pada akhir tahun 2018 dan disiapkan pada penghujung tahun 2019. Tentunya anda semua masih ingat apa telah berlaku pada akhir tahun 2019 waktu itu. Kisah bermula di Wuhan, China. Sedihnya tidak tergambar kerana satu dunia telah mengalami situasi sedemikian. Namun saya bukannya mahu berkongsi cerita tentang Wuhan, tetapi mahu menyampaikan bagaimana rasa seronoknya bila berjaya menyiapkan satu projek krusye yang besar, benang berwarna-warni dengan berbagai jenis “stitch” yang digunakan.

Ada yang tertanya-tanya (saya rasalah hehe, ada unsur perasan sedikit disini), kenapa saya buat personal blog (crochet blog) sedangkan banyak platform socmed yang lain seperti Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn, Youtube dan sebagainya. Salah satu sebabnya ialah saya suka bercerita dan berkongsi cerita melalui penulisan. Maksudnya, saya minat menulis, menyerlahkan idea-idea krusye saya ke dalam bentuk bahan-bahan pembacaan. Dalam dunia krusye, rekabentuk dan hasil biasanya dipersembahkan dalam dua kaedah iaitu secara bertulis (written pattern) dan juga diagram. Diagram dihasilkan menggunakan aplikasi software contohnya Adobe dan Fiddle Stitch. Saya kurang membuat video dalam YouTube, tetapi ada sesetengah pattern itu saya kongsikan juga dalam Youtube terutama cara-cara untuk mengait stitch tertentu. Ada juga yang bertanya mengenai tutorial online, tetapi saya belum berkesempatan membuatnya lagi (mohon maaf kepada yang bertanya tentang hal ini). Untuk mencipta sesuatu projek video, terutama tutorial, memerlukan set sistem audio yang sesuai dan jelas terutama mikrofon. Saya belum lagi menyediakan peralatan tersebut. Selain itu, ianya juga memerlukan ruang yang selesa serta cahaya yang sesuai. Memang saya ada mempunyai perancangan ke arah itu, tunggu sedikit masa lagi saya akan lakukan yang terbaik kepada mereka yang bertanya. Harap bersabar ya 🙂

Baiklah, berbalik kita pada cerita asal. Oleh kerana minat menulis maka saya persembahkan semula hasil kerja krusye saya yang dinamakan “Sunshine and Showers Blanket”, rekaan Janie Crow. Projek ini dikait merujuk kepada 4 musim di United Kingdom. Maksudnya arahan mengait adalah minggu ke minggu (once a week) untuk beberapa baris. Ia disusun sedemikian bertujuan memastikan projek-projek krusye anda yang lain tidak terbiar semata-mata mahu fokus kepada projek ini. Faham bukan maksud saya? Mengait ini bergantung kepada kemahiran kita mengatur jadual, samalah seperti kita belajar dan mempunyai jadual belajar. Hari ini subjek lain, esok subjek lain pula. Begitulah seterusnya sehingga tugasan selesai.

Walaupun negara kita tidak memiliki 4 musim seperti negara UK, tetapi kita boleh berimaginasi sepanjang mengait projek ini. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya setiap baris selimut ini ada ciri-cirinya tersendiri yang sangat unik, contohnya unsur-unsur padang rumput, jenis-jenis bunga, bukit-bukau, pokok, matahari, salji, dan sebagainya. Maknanya sambil kita mengait, sambil kita membayangkan bahawa kita berada dalam 4 musim tersebut. Imaginasi adalah satu kreativiti dan ianya penting untuk kesihatan mental. Namun semuanya terpulang kepada individu krusye. Ada yang suka mengait satu jenis pattern menggunkan satu warna benang sahaja, ada yang minat mengait banyak jenis pattern dengan benang yang berwarna-warni seperti ini.

Pada mulanya saya tidak terfikir langsung mahu mengait projek besar seperti ini. Biasanya saya lebih suka mengait alas-alas meja, bangku, kabinet dan sebagainya menggunakan benang halus (lace yarn) dari jenama-jenama Polly, Minlon atau Anchor. Sekitar tahun 2017 dan 2018, benang kapas campuran susu (Milk Cotton 5 Ply) dari negara China telah menjadi trend dan agak popular pada masa itu. Saya mula mencari informasi dari berbagai halaman web, Shopee, Instagram dan Facebook. Melalui berbagai review yang dibaca, saya dapati ianya jauh lebih lembut berbanding benang jenis acrylic yang biasa kita guna mengait alas-alas meja.

Jika anda berminat mencuba benang berlainan jenama dan fabrik yang berbeza, boleh juga mencari informasi berlainan laman web asalkan benang yang dipilih bersesuaian dengan projek keselesaan seperti Sunshine & Shower Blanket ini. Banyak pembekal-pembekal benang terkenal dari luar negara seperti Iceyarns, Spotlight, Deramores, Yarn Inspirations, Lovecrafts dan sebagainya menjual berbagai benang jenama yang selalu kita dengar seperti Elite Baby, Lorena, Primadonna, Bernat, Caron, Patons, Red Heart, King Cole, Secheepjes, Stylecraft, Rowan, Lion Brand, Paintbox dan banyak lagi. Ada diantara benang ini diperbuat daripada fabrik acrylic bermutu tinggi (high premium), lebih lembut, moist dan anti-piling. Ada juga yang dicampur dengan kapas, microfiber, wool, cashmere dan silk. Seronok bukan. Peminat-peminat seni krusye dan benang kait sahaja dapat memahami erti keseronokan ini. Manakala harga benang adalah berlainan disebabkan nilai transaksi matawang setiap negara yang berbeza. Namun sekiranya anda masih mahu mengait pattern ini menggunakan benang jenis acrylic biasa seperti Nona atau Minlon untuk dijadikan alas meja, saya kira ianya menarik juga untuk menghasilkan citarasa yang berlainan.

Waktu mula-mula saya mengait projek ini memang sangatlah teruja lebih-lebih lagi melihat hasil gabungan pattern dan benang yang berbagai warna. Hampir setiap malam saya meluangkan masa mengait selimut ini. Projek ini mempunyai dua set pattern yang serupa menjadikan kesemuanya mempunyai 4 panel yang dicantumkan. Maksud saya cara mengait projek ini tidak satu hala, sebaliknya perlu mengait 4 panel berasingan seperti kita mengait motif, kemudian dicantumkan seperti cara mencantumkan projek granny square. Panjang dan lebar selimut ini sesuai untuk single bed sahaja. Memang mengambil masa agak lama mengaitnya, sebab itu tempoh untuk menyiapkannya hampir setahun. Walau bagaimanapun, mengait hendaklah mempunyai rasa keseronokan dan kesabaran. Jangan mudah berputus asa atau cepat merasa jemu.

Semoga photo selimut Sunshine & Shower yang saya kongsikan di sini memberi inspirasi dan ideal kepada anda, peminat-peminat dan pereka-pereka seni krusye. Santai-santailah di bawah keindahan 4 musim cuaca di negara UK 🙂

Happy crocheting.

crochet.creativity.inspiration.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)