Crochet Hat

Mengait Topi Corak Yang Mudah

Siapa yang tidak merasa teruja jika dapat mengait topi fesyen kegemaran lebih-lebih lagi jika ianya bersesuaian dengan gaya penampilan, bentuk wajah, atau mahu memberi hadiah kepada orang yang kita sayangi seperti ahli keluarga, pasangan, anak-anak, rakan-rakan dan sebagainya. Bagi mereka yang mahir mengait (crochet), sudah pastinya berusaha mencari berbagai sumber rujukan di laman web, saluran Youtube atau buku-buku tentang cara-cara mudah mengait topi berbagai bentuk. Antaranya ialah slouchy hat dan beanie.

Topi jenis ini tidak hanya dipakai pada musim sejuk di negara-negara bermusim, ianya juga mendapat perhatian di negara-negara yang bercuaca panas untuk melindung kepala dan rambut dari terkena cahaya matahari terik. Selebihnya pula ialah kerana trend dan populariti tersendiri. Selain mengait selimut, baju, cardigan, beg, shawl dan alas meja, saya juga gemar mengait item-item yang kecil seperti topi.

Kebiasaannya, tempoh masa mengait sehelai topi sedemikian mengambil masa diantara sejam hingga dua jam bergantung kepada jenis rekabentuk topi serta kepakaran individu yang mengait itu sendiri. Maksudnya, waktu yang digunakan untuk menyiapkan projek kecil seperti topi lebih kurang dalam masa sehari sahaja.

Untuk tujuan memberi inspirasi, saya menyediakan pautan (link) khas di sini sebagai rujukan anda yang berminat mengait topi. Pautan berikut adalah pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan rekaannya yang ringkas dan mudah tetapi menarik. Jika anda mempunyai citarasa yang berbeza dan suka akan cabaran, bolehlah mencari lebih banyak sumber mengenai pattern topi.

Saya menyukai corak beanie berbentuk ‘puff’ begini (rekaan The Wee House of Crochet). Rekaan ini sangat sesuai bagi mereka yang baru belajar mengait terutama memulakan item-item kecil seperti topi. Walaupun berbentuk puff, tetapi agak mudah untuk diikuti. Apalagi dengan pom pom berbulu lembut seperti kucing menambahkan lagi seri rekaan.

Kredit Photo: Pinterest

Selain itu, corak topi rekaan One Dog Woof ini tidak kurang hebatnya yang juga ditambah dengan pom pom yang comel. Jika anda tidak sukakan pom pom, saya rasa tidak ditambah pun tidak mengapa.

Kredit Photo: 1dogwoof.com

Begitu juga dengan rekaan Whistle and Ivy di bawah. Mungkin ianya sedikit mencabar kepada mereka yang baru mula belajar mengait, namun tidak salah mencuba dengan berpandukan written pattern secara percuma yang boleh didapati melalui laman web mereka.

Bagaimana pula topi rekaan The Unraveled Mitten seperti berikut? Menggunakan dua jenis warna benang, yang saya kira unik, ringkas dan mudah untuk dikait.

Bagi mereka yang berminat dengan corak tradisional ‘granny stripe’, bentuk topi rekaan The Crochet Crowd juga menarik perhatian terutama sekali jika anda kreatif menggabungkan warna benang. Jika anda berminat, boleh rujuk saluran Youtube tentang cara-cara mengait granny stripes hat.

Photo Kredit: The Crochet Crowd

Saya juga telah mengait sehelai topi granny stripes untuk anak buah perempuan saya pada tahun 2018. Benang yang saya gunakan ketika itu ialah benang Milk Cotton yang dibeli dari Shopee. Inilah hasilnya. Bezanya ialah saya hasilkan corak berlainan pada bahagian hujung (iaitu sentuhan pada bahagian dahi). Ini kerana saya mahukan bahagian tersebut sedikit lebar seperti mulut sebuah mangkuk sup 😀 .

Begitulah perkongsian saya mengenai mengait topi. Gunalah benang yang bersesuaian dengan projek kait anda yang diperbuat daripada acrylic yang bermutu tinggi (selain menggunakan Milk Cotton seperti yang saya gunakan). Iceyarn adalah antara pembekal benang terbaik dan terkenal yang menjual beberapa biji benang dalam satu paket berdasarkan ply serta jenis fabrik.

Semoga perkongsian blog saya pada kali ini memberi idea kreativiti dan inspirasi kepada anda.

Selamat membaca. Happy Crocheting!

crochet.creativity.inspiration.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)