Crochet Corak Ripple

6 Jenis Crochet Ripple Yang Popular

Crochet corak ripple atau dikenali juga sebagai chevron crochet merupakan satu jenis projek mengait yang ringkas, mudah dan klasik. Motifnya yang dikatakan klasik itu menjadi ikon dari semasa ke semasa dan tidak mudah lekang oleh zaman. Pengubahan warna dan jalur ripple yang sentiasa diperbaharui itu telah berjaya menghasilkan pelbagai corak yang menarik.

Cara mengaitnya hanya menggunakan stitch yang paling asas iaitu single crochet dan double crochet, kemudian penambahan stitch dan pengurangan stitch bagi membentuk puncak dan lurah (peaks and valleys). Oleh sebab itu ia sering menjadi pilihan utama kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia seni crochet.

Pada halaman blog saya kali ini, saya akan menceritakan 6 jenis rekaan crochet ripple yang sangat menarik bagi saya, mungkin juga menarik kepada anda.

bellacococrochet

Ripple Stitch rekaan Bella Coco Crochet ini adalah yang paling asas sekali. Rekaan jenis ini sangat mudah kepada anda yang baru mula mengajar mengait. Ia dibuat menggunakan jahitan crochet berganda (dc2tog), kemudian menambahkan dua double crochet dalam satu stitch pada setiap stitch ke empat dua kali berulang. Sekiranya anda ingin belajar bagaimana mengaitkan ripple stitch, ini adalah tempat yang tepat untuk anda bermula. Warna benang yang diselang-seli sudah pastinya senang untuk diingat. Anda bolehlah mempelbagaikan lagi warna benang mengikut citarasa anda.

Rekaan Nancy P

Warna pelangi adalah pilihan yang paling popular untuk corak ripple. Contoh di sini menunjukkan kepada kita pilihan yang tepat menyerikan lagi warna-warna pelangi yang dilengkapi dengan jalur hitam. Dalam semua keadaan, warna benang hitam atau putih menampakkan lagi hasil yang menarik.

Classic Ripple Baby Blanket

daisycottagedesigns

Jenis rekaan ripple crochet ini pula lebih klasik kerana hasilnya yang lebih lacy atau jarak benang yang agak jarang. Biasanya pereka memilih rekaan ini untuk selimut bayi. Salah satu perkara yang tidak disukai oleh beberapa orang mengenai ripple klasik ini ialah corak keseluruhannya yang jarang. Bagi anda yang masih baru dalam dunia crochet, boleh mencuba teknik begini untuk mengait doily atau alas meja kecil.

bellacococrochet

Siapa yang tidak kenal rekaan granny stitch, kan. Selain membuat granny square dan granny stripe, pattern ini juga menjadi pilihan kepada pereka membuat ripple. Gabungan warna-warna benang yang sesuai menceriakan hasil kerja tangan. Malah ianya lebih menarik jika ditambah dengan tensel pada bahagian tepi. Kreatifkan diri anda, ya!

Rekaan Claudine

Corak ripple berbentuk bulat adalah reka bentuk yang agak berlainan dan juga popular. Jika anda seorang yang suka membuat crochet bermula dari bahagian tengah (pusat), variasi ini boleh dipelajari dengan mudah. Terdapat banyak variasi ripple berbentuk bulat, ini merupakan antara satu daripadanya yang mempunyai bilangan 12 bahagian. Rekaan ini ada beberapa jenis saiz misalnya sebagai tempat duduk kereta atau pun selimut kanak-kanak. Walau bagaimanapun, anda boleh mengait corak sendiri hingga ke saiz yang lebih besar mengikut citarasa anda.

Rekaan Jess Coppom

Selain menggunakan jalur berwarna-warni, crochet ripple juga nampak menarik dikait menggunakan satu warna seperti rekaan Jess Coppom ini. Anda boleh cuba membuat selendang, alas meja atau selimut dengan lebih unik menggunakan satu warna sahaja. Apatah lagi jika corak ripplenya diserlahkan dengan elemen tambahan seperti Genuine Cowboy Jackets. 🙂

Selamat mencuba dan maju jaya dalam dunia kraftangan.

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)