Crochet Corak Ripple

Crochet Ripple: Inspirasi Si Comel Pink Robin

Inspirasi

Untuk projek mengait corak ripple yang sangat simple, kali ini saya memilih tema Pink Robin. Pink Robin ialah sejenis burung kecil yang aktif, lincah, menarik dan bentuk membulat (memang comellah, kan). Kebanyakan spesis burung ini hanya boleh didapati di pulau Tasmania, Kepulauan King dan Flinders, Victoria dan juga tenggara New South Wales. Habitat yang digemari Pink Robin ialah hutan yang sederhana, iaitu berdataran rendah serta beriklim subtropika. Kawasan pembiakan utama mereka mesti dalam keadaan yang lembap. Lumut tumbuh subur di tempat yang lembap dan Pink Robin memerlukannya untuk membuat sarang yang berbentuk seperti sebuah cawan. Mereka menganyam lumut dengan menggunakan jaring labah-labah. Mereka memang antara spesis burung yang sangat bijak.

Pink Robin Photo: Instagram l Nature

Bagaimana Cara Mengait Crochet Ripple?

Sekiranya anda baru mula berjinak dengan dunia mengait, corak ini mudah sahaja sebenarnya. Cara mengaitnya yang ringkas serta sederhana, sangat sesuai dibuatkan selendang, alas meja, sofa, selimut bayi mahupun beg. Gunalah benang yang sesuai dengan projek yang anda mahukan. Bagi projek Pink Robin rekaan saya ini, saiznya dalam anggaran 23 inci lebar, 43 inci panjang. Saya menggunakan benang kait jenis Milk Cotton Series 8 Ply, saiz jarum 5.00 mm.

Sebenarnya terdapat beberapa cara mengait crochet ripple. Versi yang saya gunakan ini ialah yang sangat ringkas, menghasilkan rupa yang halus serta celah-celah benang yang sedikit kelihatan. Walau bagaimanapun, hasil sesuatu projek bergantung kepada jenis benang, saiz jarum serta jari individu. Mari kita mulakan cara mengaitnya.

Abbreviations (Kata Singkat):

  • CH Chain (Rantai)
  • SC Single Crochet
  • HDC Half double crochet
  • DC Double crochet
  • DC2TOG Double crochet two together
  • TR Triple crochet
  • ST Stitch (Jahitan)
  • RS RIGHT SIDE (Bahagian hadapan projek)

Material:

Benang: Milk Cotton

Saiz Jarum: 4.00 mm.

Warna Benang:

Putih
Hijau muda
Hijau apple
Dark maroon
Dark pink
Dark grey

Susunan Warna Benang:

2 baris benang berwarna putih sebagai asas.

3 baris hijau apple, 1 baris hijau muda, 2 baris hijau apple dan 2 baris hijau muda (ulang 3 kali proses bagi saiz projek ini).

3 baris hijau apple, 1 baris hijau muda, 1 baris dark maroon, 1 baris hijau apple, 1 baris hijau muda, 2 baris dark maroon, 3 baris hijau muda, 1 baris dark maroon, 2 baris hijau muda, 1 baris dark maroon.

10 baris dark pink, 10 baris dark grey, 3 baris putih.

Dark Maroon untuk keseluruhan bahagian tepi (border/edges).

Langkah-langkah:

Tali air berjumlah 87 CH atau kait gandaan 14 + 3. Ikut kemahuan anda sendiri.

  • BARIS PERTAMA:

DC dalam CH ke-4 dari jarum (3 CH terawal dikira sebagai DC). * DC di setiap 4 CH berikutnya, DC2TOG dua kali, DC di setiap 4 CH berikutnya, 2 DC di CH seterusnya dua kali, ulangi dari * sehingga ke CH terakhir, 2 DC pada CH terakhir itu.

  • BARIS KEDUA:

CH 3, DC dalam jahitan yang sama pada CH 3, * DC di setiap 4 jahitan seterusnya, DC2TOG dua kali, DC di setiap 4 CH berikutnya, 2 DC di CH seterusnya dua kali, ulangi dari * sehingga ke CH terakhir, 2 DC pada CH terakhir itu.

  • BARIS KETIGA DAN SETERUSNYA:

Ulang Baris 2 seberapa banyak mengikut size projek yang dikehendaki. Pada baris seterusnya, penukaran warna benang boleh juga dilakukan mengikut kemahuan anda sendiri.

Bahagian tepi:

Kait SC setiap ST (RS) bahagian tepi projek. Pada setiap bucu projek, biasanya kita akan menambah 3 SC dalam 1 ST (bahagian bucu projek tersebut) untuk mengelak rekaan melengkung.

3 SC dalam satu ST pada setiap bucu projek

Pada bahagian tepi kiri kanan projek, kait 2 SC bagi setiap baris ripple.

Ulang proses ini untuk pusingan kedua.

Pada bahagian tepi kiri dan kanan projek (RS), kait ST berbentuk wave sebanyak 18 ST. Kirakan dahulu jumlah ST SC kiri kanan projek, bahagikan dengan 18. Contohnya untuk saiz projek ini yang mempunyai 65 baris ripple. Setiap baris ripple pada bahagian tepi dikait 2 SC. 65 baris X 2 bersamaan 130 ST SC. Tambah lagi 4 baris SC (2 baris SC bahagian kaki dan 2 baris SC kepala projek). Jumlah SC ST ialah 134 setiap bahagian kiri dan kanan. 134/18 = 7.4. Ini bermakna terdapat 7 set ST wave. Baki 4 ST SC letakkan 2 ST awal baris, 2 ST akhir baris.

Bagaimana mengait ST Wave?

Bahagian sebelah kanan (RS):

SC 5 ST, HDC 2 ST, DC 2 ST, TR 3 ST, DC 2 ST, HDC 2 ST, SC 3 ST. *SC 3 ST, HDC 2 ST, DC 2 ST, TR 3 ST, DC 2 ST, HDC 2 ST, SC 3 ST. Ulang 5 lagi set ST Wave dari * hingga hujung baris. SC dalam 2 ST terakhir.

Wave Stitch 17 ST
(kecuali penambahan 2 SC permulaan dan pengakhiran barisan)

Ulang proses untuk bahagian sebelah kiri (RS) projek anda.

Semoga setiap langkah yang disediakan di sini dapat memberi penjelasan yang mudah difahami.

Sekiranya anda mahukan pattern dalam bentuk PDF lengkap berwarna, mengandungi langkah-langkah bertulis, bergambar serta berdiagram, sila pergi ke halaman Etsy saya melalui butang dibawah.

Selamat maju jaya dalam dunia kreativiti anda. Jumpa lagi!

XOXO

Wisz Limbi

Please follow and like us:
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)