Antara Jenis Hobi Boleh Bantu Hilangkan Stres

Tidak kiralah sama ada anda seorang yang bekerja sepenuh masa atau tidak bekerja, kesibukan harian setiap orang adalah berbeza dalam berbagai peringkat. Individu belum berkahwin, yang sudah berkahwin serta mereka yang sudah mempunyai anak-anak masing-masing mempunyai kesibukan harian bergantung kepada situasi yang digendung. Kesibukan harian memang memenatkan, malah ada yang memberi tekanan. Walau bagaimanapun, setiap daripada kita pastinya mempunyai minat mahu melakukan aktiviti riadah yang disukai. Antaranya ialah mencari hobi.

Kenapa Hobi?

Saya suka hobi. Sesibuk manapun saya dengan tugas harian, saya berusaha melakukan hobi saya sekalipun hanya setengah jam dalam sehari. Pada pendapat saya, meluang masa melakukan hobi berkait rapat dengan “me time”. Ya, masa untuk diri sendiri, masa untuk bersendiri seketika sambil melakukan apa yang saya suka. Pada tahun 2015, saya mengambil kursus pengajian ijazah sarjana muda di Open University Malaysia. Bekerja sambil belajar katakan. Serapan tugas harian menjadi padat. Pada sebelah malam, membuat tugasan atau forum atas talian. Bangun awal pukul 4.00 pagi untuk study. Hujung minggu jika ada kelas (sewaktu sebelum pandemik), keluar rumah untuk face to face tutorial. Jika tidak ada kelas, buat tugasan. Walau bagaimanapun, saya cuba melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran, iaitu hobi. Jadi kenapa perlu ada hobi? Beberapa kajian menyatakan bahawa manusia yang melakukan aktiviti kegemaran mereka akan kurang terdedah dengan gejala seperti kemurungan, kesunyian dan masalah negatif yang lain.

Mari ketahui setiap hobi dibawah yang berkemungkinan sesuai untuk anda dan membantu mengurangkan tekanan.

This post may contain affiliate links, view our disclosure policy for details.

1. Dekorasi rumah

Adakah anda rasa menghabiskan banyak masa memikirkan tentang perhiasan dalaman rumah anda? Anda mempunyai minat tetapi tidak tahu bagaimana mendapat sumber. Jika sebelum ini anda banyak melihat perhiasan dalaman rumah melalui media sosial, sudah tiba masanya anda membuat perubahan baru untuk hiasan rumah anda. Belajar menjadi lebih kreatif atau anda boleh meminta pendapat dari rakan-rakan yang arif tentang selok-belok perhiasan rumah. Jadikan minat anda untuk kelengkapan rumah menjadi hobi baharu. Cuba cari kursus How to Design a Room in 10 Easy Steps di Udemy.

2. Mendalami Dunia Haiwan Peliharaan

Sudah tentu anda pernah mendengar bahawa salah satu terapi yang boleh mengurangkan kesakitan, kebimbangan, kemurungan dan keletihan ialah dengan cara memelihara haiwan. Mungkin sebelum ini anda pernah memelihara kucing, burung, anjing (bagi yang non-muslim), kura-kura, iguana dan sebagainya. Apa kata meneroka lebih mendalam tentang dunia haiwan peliharaan. Sebagai contoh mengambil kelas melatih haiwan peliharaan dan mempelajari tingkahlaku haiwan. Mana tahu, satu hari nanti hobi anda akan bertukar menjadi karier baharu. Cuba cari kursus secara online berkenaan Animal Care Courses di Centre of Excellence.

3. Menghantar Anak Anda Melakukan Aktiviti

Bagi yang sudah mempunyai keluarga dan anak-anak, anda tentu mengetahui aktiviti-aktiviti yang digemari anak anda diluar masa persekolahan. Sebagai contoh kelas belajar piano, belajar bahasa, berkhemah musim cuti atau berbagai aktiviti sukan. Kadang-kadang minat anak-anak kita boleh membawa kepada hobi dewasa kita sendiri. Mungkin dari apa yang dilihat anda menghasilkan idea yang menyeronokkan untuk sesuatu program, misalnya mereka bentuk baju-T untuk acara tertentu. Jika anda salah seorang yang banyak menghabiskan masa menyokong minat anak anda, fikirkan cara untuk mencari idea baru menghasilkan hobi anda sendiri. Ikuti pembelajaran Courses For Kids di Centre of Excellence.

4. Belajar Membuat Pizza

Aktiviti ini antara yang paling popular dilakukan pada masa sekarang terutama bagi mereka yang baru mula belajar memasak. Langkah permulaan, dapatkan satu beg doh piza dari supermarket pilihan anda, kemudian adunkan inti kegemaran anda untuk menghasilkan pai hasil dari idea anda sendiri. Sebaik sahaja anda mula membiasakan diri dengan pembuatan pizza, anda boleh mula membeli beberapa alatan berkaitan dengan membuat pizza ini seperti ketuhar khas piza. Jika masih kurang yakin dengan pencapaian, anda juga boleh menghadiri beberapa kursus pendek secara online. Salah satunya boleh rujuk disini Kelas Bakeri Online atau Pizza Making di Udemy.

5. Menyusun Gambar Lama

Cuba anda belek semula album lama-lama dari tahun 1970an atau tahun sebelumnya sehingga ke zaman sebelum teknologi digital bermula. Mungkin banyak gambar-gambar lama yang masih bersepah dalam album yang mula lusuh dan hampir koyak atau disimpan selama berkurun didalam sampul besar. Jika anda seorang yang mementingkan kenangan bersama keluarga dan mahu memori-memori itu dipahat rapi, mulakan dengan mencipta buku skrap dan menyusun gambar-gambar. Anda juga boleh menulis beberapa nota pada ruangan khas photo sebagai tatapan generasi anda masa hadapan. Dalam era digital ini, ramai antara kita tidak mempunyai banyak gambar yang dihasilkan dalam bentuk nyata. Kebanyakan photo yang diambil tersimpan dalam memori smartphone. Jadi, mulakan kreativiti anda menghasilkan buku skrap secara unik. Dapatkan berbagai tips menarik di Pinterest.

6. Membaca

Jika anda suka membaca, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat tersebut. Sebagai permulaan misalnya, anda mungkin memutuskan untuk mengumpul buku-buku yang jarang ditemui atau klasik. Anda boleh menyertai komuniti membaca buku secara online seperti Goodreads untuk mencari sumber inspirasi, berkongsi pandangan atau memberi review tentang sesuatu buku yang telah dibaca. Cari kawan-kawan yang mempunyai minat sama dengan anda bagi menambahkan lagi komuniti dan pengikut anda. Untuk menguatkan lagi cara menulis review tentang buku-buku bacaan, anda juga boleh mengikuti kursus yang menarik berkenaan dunia penulisan di Centre of Excellence dan juga di Udemy.

7. Aktiviti Berkebun

Jika anda suka pada alam semulajadi, anda boleh mencuba hobi ini. Sebagai permulaan, anda boleh menanam beberapa tumbuhan kecil yang hanya memerlukan penyelenggaraan yang murah dan mudah. Berkebun bukan sekadar hobi masa lapang yang menyeronokkan bahkan juga rasa santai untuk berhubung dengan alam semula jadi. Ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental dan sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur. Dalam masa yang sama, anda boleh makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lazat hasil tanaman anda sendiri. Jika anda mahu mendalami dunia berkebun, kursus seperti Gardening and Landscape Design Business Diploma juga ada ditawarkan di Centre of Excellence.

8. Membuat Lilin

Jika anda meminati reka bentuk dalaman rumah, anda tahu bahawa projek DIY ialah pilihan popular untuk mencipta hiasan rumah yang cantik dan unik. Apakata belajar membuat lilin rekaan sendiri. Lilin boleh jadi mahal terutama sekali jika ianya hendak dijadikan sebagai pemberian hadiah. Jika anda membuatnya sendiri, pasti lebih menyeronokkan. Anda mungkin mempunyai keistimewaan tersendiri untuk membuat rumah anda sentiasa harum dan berasa selesa sesuai dengan konsep yang anda mahukan. Anda boleh menonton cara-cara membuat lilin secara online dengan percuma di YouTube seperti A Beginners Guide To Making A Candle oleh Cosy Owl. Anda juga boleh mempelajarinya di Centre of Excellence dan mendapat sijil diploma.

9. Menghias Kek

Jika anda mempunyai minat mendalam tentang makanan, cuba belajar menghias kek. Menghias kek merupakan seni pemakanan yang memerlukan kreativiti. Mulakan kreativiti dengan fondant, aising, gula-gula dan apa saja jenis taburan gula sebagai hiasan penyeri kek anda. Jika berjaya, kreativiti anda bukan sahaja memenuhi perasaan yang lapar bahkan menawan hati orang yang tersayang dengan kek yang dihias sendiri. Terdapat banyak saluran YouTube yang akan mengajar anda perkara asas menghias kek, salah satu siaran kegemaran saya ialah Baker Bettie. Selain itu, anda juga boleh menambahkan lagi pengetahuan dengan berbagai kursus seni menghias kek yang ditawarkan di Udemy.

10. Mengait

Mengait terdapat dua jenis, iaitu mengait jarum satu (crochet) dan mengait jarum dua (knit). Anda boleh pilih salah satu atau kedua-dua sekali. Jika sebelum ini anda belum pernah mengait, mula dengan pengetahuan asas terlebih dahulu. Terdapat berbagai siaran mempelajari cara mengait projek kegemaran di YouTube seperti KnitcroAddict. Setelah biasa dengan jarum dan benang, anda boleh mula mengait baju sendiri yang ringkas dan mudah seperti “crop top” atau selimut bayi. Anda juga boleh mendapatkan banyak pattern percuma di Love Crafts.

11. Membuat Barang Kemas Sendiri

Sewaktu saya masih bekerja di Petaling Jaya lebih 10 tahun yang lalu, saya dan seorang rakan saya berbangsa Eurasian pernah menjual barang hiasan peribadi buatan kami sendiri seperti anting-anting, gelang tangan dan juga rantai. Memang seronok bila melihat hasil rekaan sendiri mendapat banyak sambutan pelanggan. Terdapat dua faedah jika anda memilih hobi ini: Kreativiti dan Kepuasan. Anda boleh menggunakan manik-manik yang berkualiti mengikut citarasa anda sendiri. Ikuti kursus Jewellery Making Business Diploma di Centre of Excellence.

12. Mengambil Photo Dengan iPhone

Pernahkah anda merasa tidak puas hati dengan hasil gambar anda yang berlatarkan pemandangan indah diambil oleh ahli keluarga atau rakan anda? Tidak semua orang tahu teknik cara-cara mengambil gambar menggunakan iPhone agar nampak lebih fotogenik. Apa kata cuba hobi ini. Jika anda suka bergambar dengan berlatarkan view yang menarik, jadilah fotografi yang mempunyai kehandalan tersendiri, bukan sekadar snap atau swafoto sekali-sekala. Anda boleh melihat beberapa kursus menarik dan murah di Udemy bagi meningkatkan kemahiran mengambil gambar menggunakan iPhone.

Bagaimana perasaan anda dengan senarai hobi ini? Mungkin ada hobi lain anda mahu lakukan selain 12 senarai diatas. Jalankan beberapa tinjauan tentang lain-lain hobi berkaitan dengan personaliti dan minat anda. Apa yang penting ialah ianya membuat anda berasa gembira. Hilangkan stres dengan hobi.

Semoga Berjaya!

Wisz Limbi

Wisz Limbi

Welcome to my blog. I am a lifestyle blogger, who loves craftwork, cats, books and travel. I hope this blog would inspire you and find happiness in living well. Be creative. Be inspired.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.