Antara Jenis Hobi Boleh Bantu Hilangkan Stres

Tidak kiralah sama ada anda seorang yang bekerja sepenuh masa atau tidak bekerja, kesibukan harian setiap orang adalah berbeza dalam berbagai peringkat. Individu belum berkahwin, yang sudah berkahwin serta mereka yang sudah mempunyai anak-anak masing-masing mempunyai kesibukan harian bergantung kepada situasi yang digendung. Kesibukan harian memang memenatkan, malah ada yang memberi tekanan. Walau bagaimanapun, setiap daripada kita pastinya mempunyai minat mahu melakukan aktiviti riadah yang disukai. Antaranya ialah mencari hobi. Kenapa Hobi? Saya suka hobi. Sesibuk manapun saya dengan tugas harian, saya berusaha melakukan hobi saya sekalipun hanya setengah jam dalam sehari. Pada pendapat saya, meluang masa melakukan hobi berkait...